HALAMAN

30 April, 2013

April 2013

Selain daripada peperiksaan pertengahan semester yang berlangsung pada 5-7 April lalu, beberapa perkara menarik sepanjang bulan April berlaku sebagai tanda kecintaan saya yang amat tinggi.

13.04-2013 - Pelancaran naskhah terbaru buah tangan Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan iaitu "Tercipta Dari Tanya" telah dilancarkan di Kinokuniya, KLCC.

15.04.2013 - Saya dan Eja mewakili LEGASI OAKHEART ke majlis Pertemuan Penulis dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang  berlangsung di Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur. Ketika dalam majlis ini juga, TPM telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 2 juta diberikan kepada para penggiat seni dan sastera di Malaysia.

16.04.2013 - Sembang Filem diadakan di Studio TV, Fakulti Komunikasi UiTM Shah Alam dengan menampilkan Pak Hassan Muthalib sebagai tetamu istimewa. Dua buah filem pendek terbitan bersama antara  LEGASI OAKHEART dan Produksi Bawah Tanah telah ditayangkan sempena Majlis Pra-Pelancaran naskhah CANTUMAN MIMPI, RETROSPEKSI dan ANTI-REALITI. Dua buah filem pendek tersebut adalah Fantasi Duniaku yang diadaptasi daripada karya Sanisha Bogaraja (Judul asal cerpen sama dengan filem pendek) dan juga Puntong yang diadaptasi daripada karya Siti Fatimah Said (Judul asal cerpen: Jiwa Kita)

20.04.2013 - Majlis Pelancaran Naskhah & Filem Pendek CANTUMAN MIMPI (Antologi Cerpen, Proses Kreatif & Skrip Filem Pendek), RETROSPEKSI (Antologi Puisi) dan ANTI-REALITI (Antologi Puisi Duo) disempurnakan oleh Ketua Pengarah DBP, YBhg. Dr. Haji Awang Sariyan di Auditorium DBP, Kuala Lumpur.

26.04.2013 - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur mula membuka tirai sehingga 04.05.2013. Naskhah Cantuman Mimpi dan Retrospeksi dijual di gerai Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Mohd Khair Ngadiron (Pengarah Urusan ITBM) kerana sudi menjadi penerbit bersama bagi naskhah Cantuman Mimpi dan Retrospeksi. Tanpa beliau dan warga kerja ITBM, tak mungkin kedua-dua naskhah tersebut dapat direalisasikan. Terima kasih!

Dan terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka kerana sudi menjadi penaja tempat pelancaran dan memberikan hidangan yang sangat istimewa sepanjang majlis pelancaran berlangsung. Terima kasih!

Sembang Filem

Majlis Pelancaran Naskhah & Filem Legasi Oakheart

No comments: