HALAMAN

PROFIL


HAFIZ LATIFF atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Abdul Latiff merupakan Pengasas Al Hafiz Consultants, Pengasas dan Penasihat Legasi Oakheart, Produksi Rumah Aksi dan Komrad Seni yang ditubuhkan bersama-sama isterinya, Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri. Beliau juga merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR 2002). Hafiz memenangi Hadiah Utama Kategori Puisi bagi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2010 dengan puisinya, Pantul. Novel sulungnya, Manifestasi Postmortal telah diterbitkan pada tahun 2011. Hafiz menulis dalam pelbagai genre iaitu puisi, cerpen, novel dan juga rencana (non-kreatif). Karya-karyanya termuat dalam Antologi Penyair Muda Malaysia-Indonesia (2009), Antologi Res Judicata (HSKU 2010), Antologi Karya Sasterawan (2011), Antologi Puisi Elegan (2012), Antologi Cerpen, Proses Kreatif & Skrip Filem Pendek Cantuman Mimpi (2013), Antologi Cerpen Bukan Dorman (2014), Zine Bukan Amigo Biasa (2014), majalah-majalah tempatan seperti Tunas Cipta dan akhbar tempatan seperti Mingguan Malaysia dan Berita Harian. Hafiz juga menerima undangan untuk mengadakan program motivasi dan kepimpinan, seminar kerjaya, bengkel penulisan kreatif (puisi, cerpen, novel, terjah media & etika penulisan) dan juga undangan deklamasi puisi.