Tajuk...



Assalamualaikum w.b.t.

Kalian, apa khabar? Saya dikekang dengan tugas dan hal yang melibatkan keluarga, menyebabkan laman blog ini bersawang sekian lamanya.

Alhamdulillah, hujung bulan Jun yang lalu, saya bercuti bersama keluarga di pulau Langkawi. InsyaAllah, nanti saya akan muat-naik gambar-gambar terkini di dalam laman mukabuku (Facebook) saya.

Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah kurnia dan rahmatNya, saya masih diberi kesempatan untuk menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-24 hari ini. Segunung harapan dititipkan dalam doa lewat malam tadi agar saya terus diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan, cabaran dan ujian hidup. Moga-moga tahun ini menjanjikan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Buat Abah, Mama, Atuk, Adik Mira, Keluarga, Dia, klien-klien, pelajar-pelajar, teman-teman, jutaan terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya selama ini. Hanya ALLAH yang mampu membalas segala jasa baik kalian.

10-07-2009
Bangsar.

Comments

tajuk????

ni memang tajuknya tak jumpa atau tajuknya memang 'tajuk'????

heheh. tapi kalau letak 'tajuk' pun ok juga...

btw, gambar tu kreatif. hepi birthday yang ke 24. tua dahh.... buat2 la perangai orang tua....
Anonymous said…
salam...
kita ada wish.. ala-ala suara imran ajmain tau
HAFIZ LATIFF said…
assalamualaikum w.b.t.

ainunl muaiyanah...

ya, betul tuh... cik yana ada wish kat ilham... (konon macam imran ajmain tapi jadi macam suara itik main2...) haha... walau apapun, terima kasih untuk ucapan itu.
Anonymous said…
Selamat Hari Lahir yg dah sedikit terlewat ucapannya abg hafiz...
Moga panjang umur, dimurahkan rezeki...
Moga sentiasa diberkati dan dirahmati...
Moga semakin faham matlamat kita sebgai manusia stelah 24 tahun meminjam sedikit ruang di bumi Allah...
HAFIZ LATIFF said…
assalamualaikum w.b.t.

hai misz...
apa khabar? terima kasih untuk ucapan sebagai tanda ingatan... insyaAllah, ada program lagi, nanti kita jumpa... jaga diri baik2... salam.
zulkhair said…
Salam tahniah. Selamat maju jaya dan rajin2 kemas kini blog sebagai latihan menulis.
HAFIZ LATIFF said…
assalamualaikum w.b.t.

ustaz zul...
terima kasih atas nasihat tersebut. insyaAllah, saya akan cuba luangkan masa untuk membuat latihan penulisan di sini. huhu.

Popular posts from this blog

Kita ini 'complicated' ke?

Di Sebalik Filem Bollywood