HALAMAN

15 January, 2013

2 Minggu Terawal 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Dek kesibukan yang melanda diri, saya tidak sempat menukil kata di sini. Namun, saya kira, saya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua. Ya, 2013 telah melalui dua minggu yang pertama. Apa yang telah berlaku sepanjang dua minggu ini? Bagaimana dengan perancangan yang telah anda buat? Berjalan lancar atau ada juga cabaran yang terpaksa ditempuhi?

Walau apapun, saya sentiasa mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah. Saya ingin ambil kesempatan di sini untuk bercerita serba sedikit tentang perjalanan selama dua minggu ini. Harapnya agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca. Ya, anda!
  1. Menyambut tahun baru di Terengganu untuk kali pertama sebagai suami-isteri sangat mengujakan kami. ;p
  2. Bertemu dengan Shamsul Amin & Haniff Yusoff dan mengatur perancangan demi kelangsungan Legasi Oakheart.
  3. Sayidah Mu’izzah (Eja) memulakan semester baru, bermakna saya juga harus menyesuaikan jadual kerja saya dengan jadual kelasnya.
  4. Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL) akan menganjurkan sebuah acara yang besar di Kem PLKN Beranang. Saya dan Eja menjadi antara AJK yang mengendalikan acara tersebut.
  5. Diundang menonton teater Raja Lawak di Auditorium DBKL. (Teater ini akan berlangsung dari 16-25 Januari 2013)
Begitulah antara perkara yang telah berlaku sepanjang dua minggu ini. Selebihnya hanya beberapa perkara yang telah menjentik rasa yang saya kira harus dikongsikan sebagai peringatan kita bersama-sama:
  • Kita mungkin punya nama dan dikenali dalam sesebuah industri, tetapi jangan angkuh dan sombong dengan kedudukan itu. Tiada salahnya menunjukkan sedikit rasa hormat dan penghargaan kepada orang yang menghormati anda. Jangan nanti sampai anda kehilangan rasa hormat tersebut, lalu hiduplah anda dalam ‘kegemilangan’ seorang diri.
  • Orang yang lebih tua harus bersedia untuk ditegur, dan orang muda jangan pula asyik menunduk hormat sehingga kepala dipijak dengan mudahnya. Berfikir dengan waras, buat tindakan yang bijak, pertahankan pendirian jika kita rasa kita betul.
Sampai sini dahulu. InsyaAllah, jumpa lagi. Maaf jika ada yang tersinggung. Saya nyatakan secara umum dan entri ini tidak menuju kepada sesiapa, malah namanya juga tidak dinyatakan. Bak kata Dato’ AC Mizal, “Peace Y’all!”

No comments: