HALAMAN

31 March, 2013

Mac 2013

01.03.2013 - Saya dan Eja pergi ke Wangsa Maju untuk membuat pasport memandangkan Eja akan ke London tidak lama lagi. Itu kali pertama kami memiliki pasport sendiri. Ya, walaupun hanya Eja yang akan ke London, tetapi saya tetap juga membuat pasport dan kami memasang impian untuk mengembara bersama-sama pula suatu hari nanti, insya-Allah.

09.03.2013 - Eja dan sembilan orang rakan penulis muda diiringi oleh dua orang pegawai ITBM iaitu En. Anuar Manshor dan Puan Nasriah Abdul Salam berangkat ke bumi London, United Kingdom. Sebelum mereka berangkat, pihak ITBM dan PENA mengadakan sesi penyampaian amanah dan juga meraikan pengembaraan mereka ke sana di Hotel Sama-Sama, KLIA. Itu pertama kali kami akan berpisah selama 10 hari semenjak kami bergelar suami-isteri. Tahniah kepada Eja (Sayidah Mu'izzah), Shamsul Amin, Dayana Dian, Hafizul Faiz, Syukri Sapuan, Khairulnizam Bakeri, Gina Yap Lai Yoon, Elavarassan, Tuah Sujana dan Wan Mohd Hanif yang telah terpilih menjadi 10 pengembara yang bertuah!

16.03.2013 - Saya dijemput deklamasi puisi sempena Malam Suara Al-Aqsa di Kolej Mara Seremban, Negeri Sembilan. Majlis anjuran Grup Karyawan Luar Negara, Kolej Mara Seremban dan Aqsa Syarif sangat bermakna dengan penampilan penyair-penyair mapan dan penyair-penyair muda tanah air. Itu merupakan kali pertama saya pergi ke majlis seni dan sastera tanpa ditemani isteri yang selama ini setia menjadi jurugambar dan juruvideo ketika saya membuat persembahan.

20.03.2013 - Saya dijemput memberikan bengkel penulisan kreatif di Politeknik Metro Kuantan, Pahang. Berganding dengan Amran Ibrahim Rashidi (deklamasi puisi) dan Fasyali Fadzly (seni persembahan pentas). Seawal pukul 4 pagi kami berangkat dari Kuala Lumpur ke sana. Sebaik sahaja habis bengkel di Kuantan, saya berkejar pula ke KLIA kerana Eja akan sampai dari London pada pukul 11 malam. Yeay!

29.03.2013 - Kami menyambut ulangtahun kelahiran Mama di Restoran al-Rawsha, Kampung Pandan. Semenjak kahwin dengan Eja, makanan Arab menjadi kegemaran saya. Heheh.

Sepanjang bulan Mac, saya sangat sibuk berulang-alik ke ITBM dan DBP kerana menguruskan projek terbaru LEGASI OAKHEART. Apakah? Tunggu! =)

Sebelum Eja berangkat ke London, United Kingdom

Malam Suara Al-Aqsa

No comments: