HALAMAN

11 July, 2013

10 Julai 2013 : RAMADAN & ANGKA 28

Syukur alhamdulillah, tahun ini saya rasa amat bertuah.

10 Julai 2013 jatuh pada 1 Ramadan 1434H. Tarikh ini juga kebetulan merupakan tarikh hari lahir saya yang sudah menjangkau usia 28 tahun.

Betapa dalam usia yang semakin bertambah, tanggungjawab juga semakin banyak. Moga saya terus diberikan kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi setiap ujian-Nya.

Juga, moga saya terus mencapai kejayaan demi kejayaan. Saya doakan juga agar kalian berjaya dalam apa sahaja yang diusahakan.

10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadan 1434H, kami berbuka puasa di Mai Corner Klasik, Pandan Indah sempena menyambut ulangtahun kelahiran saya. Terima kasih Eja, Mama dan Adik. =)


"You are never too old to set another goal or to dream a new dream."
- Les Brown

No comments: