HALAMAN

20 July, 2013

Terbaru dari Legasi Oakheart


20 JULAI 2013 - Majlis Pelancaran Majalah LEGASI, Kedai Buku Maya LEGASI BUKU dan Iftar Legasi Oakheart di Restoran Taj Hadramawth, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Editor Dewan Sastera, Tuan Fadli al-Akiti dan disaksikan oleh 7 orang ahli Legasi Oakheart yang dapat hadir tadi. Tuan Fadli al-Akiti juga merupakan pemilik blog Tonton Filem dan Kubu Buku. Naskhah terbaru beliau, Tonton Filem boleh didapati di Kedai Buku Maya LEGASI BUKU.

Legasi Oakheart tampil dengan produk terbaru, Majalah LEGASI yang akan diterbitkan setiap dua bulan, insya-Allah. Jom dapatkan segera sementara stok masih ada!

Kami juga sudah menyediakan Kedai Buku Maya LEGASI BUKU yang menyediakan buku-buku terkini terbitan Legasi Oakheart dan juga penerbit-penerbit lain. Jemput singgah ke LEGASI BUKU.

Fadli al-Akiti dan Sayidah Mu'izzah (Penasihat & Pengasas Legasi Oakheart)

Sebahagian ahli Legasi Oakheart yang dapat hadir.

Majalah LEGASI

No comments: