HALAMAN

03 August, 2013

#2 PANTUL KATA - Nick Vujicic

Saya pernah berkongsi dengan rakan-rakan dalam bidang perancangan kewangan di Al Hafiz Consultants ketika mengendalikan sesi motivasi mingguan. Sebagai penutup sesi tersebut, saya beri kesempatan kepada mereka untuk menonton sebuah video tentang seorang lelaki yang sangat memberi inspirasi kepada saya. Seorang lelaki yang sangat tulus dalam menyampaikan rasa dan emosinya.

Nick Vujicic telah datang ke Malaysia pada 22 Mei 2013 yang lalu. Sayangnya, saya tidak dapat turut serta dan terpaksa melepaskan peluang untuk bertemu dan berguru dengan beliau. Apapun, buku-buku yang ditulis oleh beliau sangat menyuntik semangat kita untuk terus maju tanpa membenarkan apa-apa had pun menghalang perjuangan kita.

PANTUL KATA kali ini memetik kata-katanya dalam salah satu buku beliau, Unstoppable!


No comments: