HALAMAN

03 January, 2015

K-PaP & DUBOOK HQ: APA YANG BERBEZA?


KATA PENGARANG, KATA PEMBACA (K-PaP)

"ORANG yang cerdik akan sentiasa mempertahankan kecerdikannya. Dan mereka memang akan bergaduh sampai mati." ~ Zainal Rashid Ahmad

K-Pap merupakan program baru dan akan diteruskan setiap hari Sabtu, minggu pertama pada setiap bulan. Jadual seterusnya dijangka berlangsung pada 07.02.2015 nanti.

Perbincangan menarik seputar hal-hal proses berkarya, pengalaman kehidupan yang disulam dalam karya-karya sehinggalah ke hal-hal suntingan/penerbitan yang menjadikan aku rasa betapa ruginya jika sebagai penulis, banyak membaca (mungkin) dan kononnya banyak menulis, tetapi tidak mempunyai 'jiwa'.

Sekali lagi, yang lebih rugi adalah kehadiran penulis-penulis muda yang sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk 'bermesra' dengan beliau.

Apapun, kumpulan cerpen "Yang Tercinta" dan "Empunya Hikayat" karya Zainal Rashid Ahmad boleh dipesan melalui Legasi Oakheart. SMS/Whatsapp: 013 338 5178 laju-laju sementara stok masih ada! Jangan jadi orang yang rugi!


PELANCARAN DUBOOK HQ & LIVE AID PANTAI TIMUR

AKU sampai agak lambat sebenarnya ke DuBook HQ yang baru di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Tapi tetap, ia tak menjadikan aku berasa rugi apa-apa!

Slot-slot bual bicara yang memang mengujakan. Ada Faisal Tehrani, Syed Azmi, Mantot, Zul Fikri Zamir dan lain-lain. "Saya tiada kudrat, tiada pangkat." ~ Syed Azmi (merujuk kepada... hahaha... memang 'win'!)

Bos besar, Mutalib Uthman bagi ruang kepada Legasi Oakheart letak buku-buku kami (sebelum kami perlu bergegas ke Gelanggang Oakheart kerana ada #Oakheartians mahu singgah menikmati kopi sedap di Kafe Buku Oakheart). Terima kasih!

Dan yang aku kagum, penulis/pembaca/peminat tak kira tua atau muda, 'banjir'! Memang ramai dan hujan tidak menghalang mereka untuk menikmati ekspresi seni di situ.

Penduduk Bangi, Kajang, Putrajaya atau di mana sahaja, jaga-jaga! Hahaha. Dan, sila singgah Gelanggang Oakheart dan nikmati kopi sedap di Kafe Buku Oakheart kami. Tempatnya di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Blok belakang UYA. Nak tahu lebih lanjut, boleh SMS/Whatsapp Legasi Oakheart: 013 338 5178 okey? =)

No comments: