HALAMAN

11 January, 2015

LAKI-BINI (1): DETIK PERKENALAN

JANUARI 2009 bertempat di KL Sentral, detik mula kami kenal. Ya, 6 tahun lalu. Dan ini bukan detik perkenalan aku dan AGU ya, geng! Hahah. Aku dan AGU kenal lewat 4 bulan selepas aku kenal dengan orang yang aku nak cerita ni. ;p

Kami jadi ahli jawatankuasa untuk majlis Perhimpunan Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) yang diadakan pada tahun tersebut. Jadi, semua AJK dikumpulkan untuk kali pertama pada 11.01.2009 di medan selera KL Sentral.

Sedar tak sedar, sudah 6 tahun kami jatuh-bangun bersama-sama. Cewah! *ini memang poyo, geng!* Dan aku bersyukur kerana dia masih sanggup berjuang dengan sepenuh jiwa, walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Moga Tuhan terus berikan kekuatan kepada kami untuk terus berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti hidup. Amin Ya Rabb.

Sayidah Mu'izzah, terima kasih dan selamat ulangtahun ke-6. =)

Gambar: Koleksi Peribadi

No comments: