HALAMAN

17 January, 2015

LAKI-BINI (3): DENGKUR

SALAH satu cara Tuhan uji hidup kau sebagai laki-bini adalah dengan dengkur.

Sejauh mana kau boleh bersabar dengan bunyi dengkuran laki atau bini kau sementara tunggu kau nak tenggelam dalam lena dan berlayar dalam mimpi nan indah mahupun ngeri.

Awal-awal kahwin, mungkin kau akan saling 'bising' sebab nak 'biasakan' diri. Lepas tu, masing-masing akan bersengkang mata untuk tahan tidur supaya esoknya bolehlah kau 'claim' siapa yang 'kacau' siapa. Tapi, lama-lama, kau akan jadi biasa hinggakan dengkuran itu umpama 'lullaby' sebelum kau tidur, hinggakan kau akan rasa tak lengkap hidup kau tanpa mendengar bunyi dengkuran laki atau bini kau pada setiap hari.

Ingat apa yang aku tulis ni. Dengkur tu ujian Tuhan untuk kau laki-bini. Hadapi dengan tenang ya! Kehkehkeh.

Kredit: Google Image

No comments: